Monday, December 27, 2010

Fur Berries Short Movie..



Ada seorang budak perempuan yang bernama Lily yang baru pindah ke rumah baru nya di Berry Ville..Rumah barunya lebih besar dari rumah lamanya dan kawasan belakang rumahnya sangat luas tapi itu semua tidak penting untuk Lily kerana tiada kawan untuk bermain di belakang rumahnya..Lily juga risau kerana esok Lily akan bersekolah di sekolah yang baru dan Lily tidak tahu yang dia akan membuat kawan yang baru kerana dia sangat malu....Tiba-tiba Lily ternampak pelangi menuju ke arah sebuah pokok di belakang rumahnya dan Lily terus ke pokok tersebut..

Tiba-tiba ada sebuah bola berwarna purple bergolek ke arah Lily dari pokok tersebut dan Lily terjatuh..Bola itu bertukar kepada Fur Berries..Fur Berries ialah makhluk comel yang boleh bertukar menjadi sebuah bola..Lily berkata hai kepada Fur Berry tersebut dan Fur Berry tersebut malu..Dan tiba-tiba Fur Berries yang lain berkata kepada Lily jangan cederakan kawannya dan Lily berkata dia tidak akan mencederakan kawannya..Lily bertanya kepada mereka siapakah mereka dan mereka berkata kami ialah Fur Berries..Dan Lily perkenalkan dirinya dan seekor dari Fur Berries itu bertanya kepada Lily kenapa Lily bermuka masam..Lily menceritakan masalahnya kepada mereka dan seekor daripada Fur Berries itu berkata bahawa dia pun malu juga..Lily mempunyai satu idea untuk membantu antara satu sama lain untuk tidak malu sangat.


Mereka pun bantu-membantu antara satu sama lain dan menyanyi bersama..Lily mengucapkan terima kasih kepada Fur Berries dan Fur  Berries juga mengucapkan terima kasih kepada Lily kerana telah menolong kawannya..Tiba-tiba ibu Lily memanggilnya untuk makan bersama..Dan Lily mengucapkan selamat tinggal dan berjumpa lagi pada hari esok..Pada hari sekolahnya Lily membuat ramai kawan dan apabila Lily pulang dari sekolah Fur Berries akan sentiasa bermain dengannya..Fur Berries friends forrever..




Permainan Fur Berries juga boleh dibeli di amazon.com..Permainan Fur Berries boleh dibuka dan ditutup dan setiap satu mempunyai bau buah seperti strawberry.blueberry,peach,cherry ,oren dan macam-macam lagi..

Tuesday, December 21, 2010

Lagu Drama He's Beautiful..





Lagu ini bertajuk Promise...Lagu ini dinyanyikan oleh kumpulan muzik terkenal Korea iaitu A.N JELL..Lagu ini menjadi lagu khas untuk drama 'He's Beautiful'..

Friday, December 17, 2010

Bermimpi Akan Haiwan..


Mimpi melihat binatang berekor.
Alamat sangat baik. Anda akan bergembira kerana segala kesukaran akan terhapus.

Mimpi melihat seekor binatang liar didalam sangkar.
Alamat akan mendapat warisan yang banyak.

Jika bermimpi melihat kambing yang terlalu banyak menandakan pekerjaan anda akan memperoleh rezeki yang halal.

Sekiranya bermimpi naiki kuda atau unta, anda akan memperoleh kemuliaan dan kebajikan serta cita-cita anda akan dimakbulkan Allah.

Bermimpi naik gajah anda akan dipermuliakan orang dengan kebesaran.

Jika bermimpi membunuh gajah anda akan dihormati dan memperoleh kebahagian di dunia dan akhirat.

Jika bermimpi melihat gajah berjuang alamatnya orang-orang besar akan berkelahi sesama sendiri.

Jika bermimpi harimau datang kepada anda alamatnya anda akan memperoleh kehinaan. Sekiranya bermimpi anda ditangkap harimau, alamatnya anda akan diperdayakan orang.

Jika bermimpi melihat babi atau anaknya menandakan orang itu melakukan pekerjaan terkutuk. Sebaliknya
 jika bermimpi membunuh babi atau tikus anda akan menunaikan haji atau memperoleh pahala haji.

Jika bermimpi pelanduk atau kijang datang kepada anda alamatnya anda akan memperolehi isteri yang
jahat.

Jika bermimpi lebah bersarang dalam telaga atau sarangnya jatuh dalam telaga menandakan anda akan dipermuliakan orang
 
Bermimpi memandikan binatang menandakan seseorang itu akan sakit atau mendapat kebinasaan atau kehilangan sesuatu.

Jika bermimpi melihat terlalu banyak ayam di bawah rumah anda atau di dalam kampung anda akan beroleh orang gaji atau hamba yang baik

Bermimpikan ayam sabung menyambung menandakan anak lelaki anda akan berkawan dengan orang baik

Jika anda bermimpi bermain dengan burung hantu di rumah atau berhampiran dengan rumah anda
menandakan ahli keluarga anda akan meninggal dunia

Sekiranya anda bermimpi burung merak datang kepada anda lalu anda tangkapnya menandakan anda akan memperoleh kekayaan atau mendapat anak lelaki.

Jika bermimpi burung terbang ke rumah anda kemudian terbang ke rumah orang lain menandakan anda akan berduka cita.

Bermimpi burung putih datang ke rumah menandakan anda akan memperoleh isteri yang budiman atau mendapat rezeki.

Bermimpi mencari burung alamatnya anda akan mendapat keuntungan dan dimurahkan rezeki.

Jika bermimpi lebah, lalat atau nyamuk terlalu banyak alamatnya orang ramai akan berhijrah ke tempat anda

Jika bermimpi menunggang naga menandakan semua kehendak diperoleh

Jika bermimpi dililit ular seluruh badan menandakan sesuatu yang buruk akan berlaku.

Jika bermimpi dipatuk ular seseorang itu akan mendapat suami atau isteri

Bermimpi kutu atau hama melekat di badan atau pakaian menandakan anda akan mendapat bencana.

Bermimpi disengat binatang bisa menandakan anda akan mendapat kecelakaan

Bermimpi memukat ikan alamatnya anda akan menjadi kaya atau mendapat keuntungan yang berlipat kali ganda.

Sumber : TafsirMimpi

p/s:Baguskan kita dapat mengetahui tentangnya..