Monday, December 27, 2010

Fur Berries Short Movie..



Ada seorang budak perempuan yang bernama Lily yang baru pindah ke rumah baru nya di Berry Ville..Rumah barunya lebih besar dari rumah lamanya dan kawasan belakang rumahnya sangat luas tapi itu semua tidak penting untuk Lily kerana tiada kawan untuk bermain di belakang rumahnya..Lily juga risau kerana esok Lily akan bersekolah di sekolah yang baru dan Lily tidak tahu yang dia akan membuat kawan yang baru kerana dia sangat malu....Tiba-tiba Lily ternampak pelangi menuju ke arah sebuah pokok di belakang rumahnya dan Lily terus ke pokok tersebut..

Tiba-tiba ada sebuah bola berwarna purple bergolek ke arah Lily dari pokok tersebut dan Lily terjatuh..Bola itu bertukar kepada Fur Berries..Fur Berries ialah makhluk comel yang boleh bertukar menjadi sebuah bola..Lily berkata hai kepada Fur Berry tersebut dan Fur Berry tersebut malu..Dan tiba-tiba Fur Berries yang lain berkata kepada Lily jangan cederakan kawannya dan Lily berkata dia tidak akan mencederakan kawannya..Lily bertanya kepada mereka siapakah mereka dan mereka berkata kami ialah Fur Berries..Dan Lily perkenalkan dirinya dan seekor dari Fur Berries itu bertanya kepada Lily kenapa Lily bermuka masam..Lily menceritakan masalahnya kepada mereka dan seekor daripada Fur Berries itu berkata bahawa dia pun malu juga..Lily mempunyai satu idea untuk membantu antara satu sama lain untuk tidak malu sangat.


Mereka pun bantu-membantu antara satu sama lain dan menyanyi bersama..Lily mengucapkan terima kasih kepada Fur Berries dan Fur  Berries juga mengucapkan terima kasih kepada Lily kerana telah menolong kawannya..Tiba-tiba ibu Lily memanggilnya untuk makan bersama..Dan Lily mengucapkan selamat tinggal dan berjumpa lagi pada hari esok..Pada hari sekolahnya Lily membuat ramai kawan dan apabila Lily pulang dari sekolah Fur Berries akan sentiasa bermain dengannya..Fur Berries friends forrever..




Permainan Fur Berries juga boleh dibeli di amazon.com..Permainan Fur Berries boleh dibuka dan ditutup dan setiap satu mempunyai bau buah seperti strawberry.blueberry,peach,cherry ,oren dan macam-macam lagi..

Tuesday, December 21, 2010

Lagu Drama He's Beautiful..





Lagu ini bertajuk Promise...Lagu ini dinyanyikan oleh kumpulan muzik terkenal Korea iaitu A.N JELL..Lagu ini menjadi lagu khas untuk drama 'He's Beautiful'..

Friday, December 17, 2010

Bermimpi Akan Haiwan..


Mimpi melihat binatang berekor.
Alamat sangat baik. Anda akan bergembira kerana segala kesukaran akan terhapus.

Mimpi melihat seekor binatang liar didalam sangkar.
Alamat akan mendapat warisan yang banyak.

Jika bermimpi melihat kambing yang terlalu banyak menandakan pekerjaan anda akan memperoleh rezeki yang halal.

Sekiranya bermimpi naiki kuda atau unta, anda akan memperoleh kemuliaan dan kebajikan serta cita-cita anda akan dimakbulkan Allah.

Bermimpi naik gajah anda akan dipermuliakan orang dengan kebesaran.

Jika bermimpi membunuh gajah anda akan dihormati dan memperoleh kebahagian di dunia dan akhirat.

Jika bermimpi melihat gajah berjuang alamatnya orang-orang besar akan berkelahi sesama sendiri.

Jika bermimpi harimau datang kepada anda alamatnya anda akan memperoleh kehinaan. Sekiranya bermimpi anda ditangkap harimau, alamatnya anda akan diperdayakan orang.

Jika bermimpi melihat babi atau anaknya menandakan orang itu melakukan pekerjaan terkutuk. Sebaliknya
 jika bermimpi membunuh babi atau tikus anda akan menunaikan haji atau memperoleh pahala haji.

Jika bermimpi pelanduk atau kijang datang kepada anda alamatnya anda akan memperolehi isteri yang
jahat.

Jika bermimpi lebah bersarang dalam telaga atau sarangnya jatuh dalam telaga menandakan anda akan dipermuliakan orang
 
Bermimpi memandikan binatang menandakan seseorang itu akan sakit atau mendapat kebinasaan atau kehilangan sesuatu.

Jika bermimpi melihat terlalu banyak ayam di bawah rumah anda atau di dalam kampung anda akan beroleh orang gaji atau hamba yang baik

Bermimpikan ayam sabung menyambung menandakan anak lelaki anda akan berkawan dengan orang baik

Jika anda bermimpi bermain dengan burung hantu di rumah atau berhampiran dengan rumah anda
menandakan ahli keluarga anda akan meninggal dunia

Sekiranya anda bermimpi burung merak datang kepada anda lalu anda tangkapnya menandakan anda akan memperoleh kekayaan atau mendapat anak lelaki.

Jika bermimpi burung terbang ke rumah anda kemudian terbang ke rumah orang lain menandakan anda akan berduka cita.

Bermimpi burung putih datang ke rumah menandakan anda akan memperoleh isteri yang budiman atau mendapat rezeki.

Bermimpi mencari burung alamatnya anda akan mendapat keuntungan dan dimurahkan rezeki.

Jika bermimpi lebah, lalat atau nyamuk terlalu banyak alamatnya orang ramai akan berhijrah ke tempat anda

Jika bermimpi menunggang naga menandakan semua kehendak diperoleh

Jika bermimpi dililit ular seluruh badan menandakan sesuatu yang buruk akan berlaku.

Jika bermimpi dipatuk ular seseorang itu akan mendapat suami atau isteri

Bermimpi kutu atau hama melekat di badan atau pakaian menandakan anda akan mendapat bencana.

Bermimpi disengat binatang bisa menandakan anda akan mendapat kecelakaan

Bermimpi memukat ikan alamatnya anda akan menjadi kaya atau mendapat keuntungan yang berlipat kali ganda.

Sumber : TafsirMimpi

p/s:Baguskan kita dapat mengetahui tentangnya..

Enjet-Enjet Semut..

                            

     Video ini disiarkan bertujuan untuk menasihatkan bangsa Malaysia supaya bersatu-padu dan saling menghormati..Video ini juga bertujuan untuk menunjukkan bahawa bangsa Malaysia perlu saling sayang-menyayangi dan saling mempercayai antara satu sama lain...Kita juga mestilah menghomati orang yang lebih tua daripada kita dan saling bekerjasama.. So,enjoylah video ini ya..                       

Thursday, December 16, 2010

Budak Mata Biru..

BUKAN di New York, London atau Riyadh sebaliknya cuma di Kota Kuala Muda, Kedah. Tidak berketurunan orang putih atau Asia Barat, mahupun berdarah kacukan, kewujudan seorang kanak-kanak Melayu yang memiliki sepasang mata biru di negara ini dianggap luar biasa.

Iris atau anak mata Mohd. Aizat Aiman Mohd. Rizal berwarna biru air laut!

"Setahu saya memang tidak ada darah mat saleh atau Arab dalam keturunan kami. Kulit kami pun gelap-gelap," kata datuk kanak-kanak itu, Ahmad Mustafa, 62, kepada Jurnal.

Difahamkan, semasa dilahirkan, mata kanak-kanak itu berwarna hitam macam kebanyakan orang Melayu. Namun, selepas beberapa bulan ia berubah warna menjadi biru dan berkilauan.

Aizat yang berusia setahun 4 bulan merupakan anak kepada pasangan bisu dan bermasalah pendengaran, Mohd. Rizal Mohamad, 34, dan Noraini Ahmad, 31.

Ahmad berkata, setakat ini doktor yang ditemuinya belum mengetahui punca mata biru Aizat, namun mengesahkan matanya tidak mengalami sebarang masalah dan boleh melihat seperti kanak-kanak biasa.

Hal itu mendorong tercetusnya pelbagai tanggapan. Selain Aizat mungkin mewarisi ciri bapanya yang memiliki sebelah mata yang sedikit kebiruan, hubungan rapat ibu kanak-kanak itu dengan seekor kucing Siam peliharaan juga dikaitkan sebagai punca mata biru Aizat.

"Semasa mengandungkannya, ibunya gemar bermain dengan seekor kucing Siam yang bermata biru. Selalu selepas pulang dari kerja, dia akan bermain dengan kucing itu dan suka memandang matanya. Dia sering membersihkan mata kucing itu kerana tertarik dengan warnanya yang kebiruannya.

"Ada orang kata kejadian ini mungkin kenan kucing tetapi saya tidak pasti sama ada ia betul atau tidak. Apa pun, saya anggap ini semua kuasa Allah," kata Ahmad.

Biarpun tidak diketahui sama ada apa yang terjadi kepada Aizat sebagai kenan atau tidak, kejadian itu mendorong Jurnal untuk mengupas mengenai kenan haiwan.
                    
JIKA bukan kenan kucing, mata biru Aizat mungkin diwarisi daripada bapanya yang mempunyai sebelah mata yang kebiruan.


Huge Pokemon Collection..




 Ada seorang budak inggeris ni minat sangat dengan Pokemon..Sebab itu banyak sangat barang Pokemon yang dikumpulkan olehnya...Pokemon yang paling budak ni suka ialah Pikachu...Semua nama Pokemon yang dikumpulkan olehnya diingat oleh budak ni...

Wednesday, December 15, 2010

Lagu Yang Paling Indah Yang Pernah Ku Dengar..


Tajuk lagu ni ialah Song Of  Dreams dan penyanyinya bernama Becky Jane Taylor...Sekarang ni umurnya 22 tahun.. Becky dilahirkan pada tarikh 29 June 1988....Merdu betul suara Becky tau...Kalau tak percaya dengar la sendiri ya...

Sunday, December 12, 2010

Mari Berkenalan !

              
Namaku Izzah Ismail....Aku Berumur 11 tahun...Nak kenal tak teman-temanku yang lain??? Lihatlah gambar di bawah..


 Inilah teman-temanku yang lain...cute2 tak??hihihi


Ini teman2 baikku...mereka adalah temanku yang paling baik...yang belakangku namanya Hajar...yang depan nih namanya Iqlima...Aku yang tengah tuh..yang tudung berwarna coklat tuh...itu sahaja...bye.